Banyak isu tentang RON95 & RON97 didebatkan sampai ade yang nak terjun laut pun ade. Pertama sekali untuk membezakan keduanya asas pemahaman tentang kandungan dalam petrol dari segi kimia perlu ada. Beberapa persoalan yang sering ditanya:
1) Apa yang dimaksudkan dengan RON?
RON didefinisikan sebagai Research Octane Rating.
...
2) Apa itu octane?
Banyak kita dengar tentang ontane dalam petrol & bagaimana semakin tinggi RON semakin baik performance sesuatu enjin . Octane rating tidak bermaksud kandungan tenaga yang ada dalam petrol tetapi ia lebih kepada ukuran pembakaran petrol dalam keadaan yang terkawal ataupun ketahanan bahan api petrol daripada meletup tak tentu pasal. Secara ringkasnye kandungan octane terdiri daripada;
C8H8 dimana C= karbon & H = Hidrogen--->menjadi bahan bakar di dalam enjin anda
RON 95 & RON97 dibezakan oleh nisbah campuran octane & heptane; salah satu kandungan standard yang dalam bahan api petrol..
---> RON95 = campuran 95% octane & 5% heptanes
---> RON97 = campuran 97% octane & 35 heptanes
Disini dapat lihat semakin tinggi peratusan octane atau RON tersebut semakin baik performance enjin. Tetapi harus diingat tak semua RON sesuai untuk semua jenis kereta..RON yang tinggi lebih sesuai dengan enjin berkuasa tinggi seperti sports car. Penggunaan minyak RON yang betul berdasarkan rekabentuk enjin & penyesuaian enjin dgn bahan api yang akan memaksimakan performance & keberkesanan kenderaan itu. Bagaimana untuk mengenalpasti RON yangsesuai untuk kereta? Biasanya ade terdapat pelekat di penutup tangki minyak,ataupun pada manual kereta a tau pun dah tak tau sangat tanya pada pengeluar kereta.
RON97 biasanya sesuai untuk kereta 1.8 & keatas yang mana pemandunya suka mencelah ,bawa macam orang gila & rasa duit dah banyak nak menghebahkan kepada semua yang dia pakai RON97. Manakala RON95 sesuai untuk kereta manual kerana pickup dikawal oleh anda semasa menekan pedal minyak.
Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak RON yang rendah tetapi anda menggunakan MINYAK RON yang TINGGI ape yang anda dapat hanya pembaziran sahaja KERANA semakin tinggi RON itu ia tak bermaksud minyak itu sangat hebat, boleh menjadikan kancil memecut seperti ferarri. Semakin tinggi RON itu semakin sukar untuk proses pembakaran bahan api dan semestinya harganya juga turut meningkat. Yang orang bising-bising macam langit nak runtuh bila RON97 naik apehal. Tak mati pun kalau pakai RON95. Agaknya kalau ada RON100 kat Malaysia berduyun2 rakyat Malaysia nak guna tanpa fikirkan kesesuaian dengan enjin kenderaan.
Jenis kereta min RON95 yang diperlukan
1) Proton – semua model
2) Perodua – semua model
3) Chevy – semua model
4) Ford – semua model
5) Honda- semua model kecuali Honda Civic Type R
6) Kia – semua model
7) Lexus – semua model
8) Mazda – semua model
9) Mercedes – semua model
10) Peugeot - semua model
11) Suzuki – semua model kecuali Swift sport
12) Toyota - semua model
13) Wolkswagen - semua model
14) Volvo - semua model
15) Mitsubishi - semua model kecuali Airtek Turbo & Lancer Evolution
16) Naza - semua model
17) Nisan - semua model
Jenis kereta yang perlukan RON97
1) Honda Civic Type R
2) Suziki Swift Sport
3) Misubishi Airtek Turbo & Lancer Evolution
4) Range Rover
5) Skoda 200FSI
No comments:
Post a Comment