Friday 4 September 2015

Gemini

credit to google
A Gemini woman is not a typical woman; 

credit t google

She is a beautiful butterfly with many colors.She is incorrigible. She is irrepressible and this makes her quite irresistible for most men.

credit to google

credit to google

credit to google

 She changes her moods faster than anyone can. She goes from miss happy go lucky to a total nutty wreck and then turn around and engage in intellectual conversation. 

Monday 24 August 2015

Trying hard



this is not wordless Wednesday but merely what Blondie always struggles with.


p/s : Blondie in this statement refers to pretty face not related to yellow hair

Friday 21 August 2015

Pillow talk

Bila last kita ada luahan hati ke hati dengan ibu dan abah kita? bila last kita bersembang dengan mereka face to face bercerita tentang kehidupan dan masa depan dengan santai?

aku tak ingat bila.dah terlalu lama kami tak buat macam tu.dulu2 pillow talk pun depan tv sebab kami suka bergelimpangan depan tv.tapi last sabtu selepas attend majlis pertauliahan diraja for my baby brother kami berpillow talk atas katil wa cakap luuuuu.the best moment I've ever had since kids.entah bila lagi aku dapat ade session pillow talk dengan parents aku.kami ketawa bergurau sama2.no argument no heartfeeling.aku dapat tengok cahaya gembira dari mata ibu abah.mungkin bagi mereka itu adalah moment terbaik yang dapat dirasai sejak anak2 dah dewasa. 


Baru aku sedar yang ibu aku boleh pun open minded. selama ni pun bercerita serius memanjang. isu semasa, isu politik,isu perempuan.kekekekke.aku berharap lebih kerap kami ada pillow talk yang santai macam ni sementara aku masih bujang.


Sunday 26 April 2015

Resepi fettuccine carbonara cheese

Kepingin carbonara cheese tapi malas nak keluar dengan hujan ribut kat luar.ku buka icebox (sebut esbox) tengok2 ape yang boleh guna untuk memasak.basic ingredient ade semua.cantekkkkkkk.

Bahan
1) Sebiji bawang holand potong dadu
2) Setengah labu bawang putih dicincang
3) sosej cheese atau ayam
4) carrot hiris panjang
5) 2 batang celeri potong setengah inci
6) 3 warna lada capcicum hiris panjang
7) cendawan enoki(boleh ganti dengan cendawan lain)
8) 1 tin kecik carbonara cendawan jenama  preggo
9) susu segar
10) fettuccine rebus ala dente(ni kena rasa sendiri sama ada dah masak atau belum)

Cara masak
1) goreng sosej sampai garing.keluarkan letak tepi.
2) guna minyak gorengan sosej tadi untuk tumis bawang holand dan bawang putih
3) masukkan preggo carbonara.guna tin preggo tadi sukat masuk 1/2 tin susu + 1tin air.tunggu sampai mendidih
4) masukkan carrot+lada capcicum 3 warna+saderi.
5) selepas 5 minit masukkan cendawan2 dan kacau2.siapppp

Hidangkan bersama fettucine.

Saturday 25 April 2015

Kematangan vs usia

Bila cecah 3 series mula terpikir tentang long term planning.target untuk dicapai sebelum umur 50.aku dah mula berkira2
# berapa simpanan aku setiap bulan
# berapa banyak aku mampu sara adik aku sampai dia mula bekerja
# cukup ke sumbangan aku kepada ibi bapa
# berapa aset yang aku ada
# target aset yang nak dikumpul
# macam mana pengurusan kewangan aku setiap bulan
# berapa banyak buku2 ilmiah yang aku baca setahun
# sejauh mana tahap kesihatan diri
Haiiiii..bila persoalan macam ni timbul baru terasa diri dah mula matang.selama ni buat ape pun main langgar je.orang tua kata langgar tembok tak pakai helmet.main redahhhhh aje.ok sekarang kena mula pakai helmet bila nak redah.peacee yo

Thursday 16 April 2015

Signboard vs status

Baru first time aku tengok peguam letak signbord kat rumah.nak kata rumah ni jadi pejabat tak juga.ke peguam ni keje dari rumah

Thursday 2 April 2015

Talapia masak stim orang bujang

Wahhhhh tajuk mesti ade bujang. Yela orang bujang yang masak.pastu skali masak memang untuk makan 2 hari.tapi mane pegi talapia aku ni.nampak sayur je lebih.

Resepi suka hati aku ni untuk setengah ekor ikan 

1 inch halia potong halus

5 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 sudu sos tiram

Garam 

Bahan2 atas ni semua ramas lepas tu baru lumur kt ikan.dah siap masuk dalam pinggan dan terus stim.sayur2 ikut selera masing2 ye.

dah siap masak perahkan limau dah boleh terus makan


Wednesday 25 March 2015

GST

Trending sekarang GST!!!!!!mana2 je bercakap pasal GST.yang merungut yang menyokong yang memesong yang yang yang pe lagi.ramai lagi rakyat yang tak paham GST kebaikan ,keburukan, bagaimana ia berfungsi.tapi ape yang aku tau rakyat cuma nak tau ape kelebihan yang rakyat dapat dengan GST.KELEBIHAN KELEBIHAN KELEBIHAN...tu yang kita nak dengan kan.
Aku cuba berfikir sebagai rakyat biasa untuk menilai sejauh mana info tentang GST ni sampai kepada rakyat.media pertama aku cari adalah TV.majoriti rumah ada TV kan.Apa yang  aku  tengok di TV penerangan GST ni masih tak cukup jelas kalau dilihat pada iklan.fokus banyak kepada pengeluar dan peniaga..tapi rakyat biasa;pengguna tak banyak yang di beri fokus.aku beralih kepada rancangan2 diskusi cuba mencari kalau2 ada rancangan yang membantu penerangan GST dengan lebih jelas.TV1 banyak juga rancangan2 macam ni.GOOD JoB TV1.
Aku beralih pulak ke media maya.internet ni lagi dasyat.macam2 info yang ade tentang GST.banyak yang buruk kot.aku kata buruk sebab ada pihak tak bertanggungjawab spin isu GST dengan bagi fakta2 palsu yang mengelirukan rakyat.kita ni manusia bila benda buruk cepat je kita sebarkan.lagi ramai orang tak kan paham betul2 tentang GST.
Pihak2 berwajib pulak kurang agresif untuk memberi penerangan tentang GST.satu agensi yang terlibat dalam rancangan bual bicara pernah berkata yang pendidikan GST ni dilakukan berperingkat.peringkat sekarang ni lebih kepada pendedahan kepada GST.bukan niat mereka untuk tidak agresif tetapi mereka ada perlaksanaan mereka sendiri.ok aku terima penjelasan mereka.cuma bila GST dah mula tolong2 buat keje dengan agresif bila mana rakyat melaporkan pihak2 yang manipulasi harga kerana GST.
Aku nak tengok berapa ramai pembekal,peniaga yang tak bertanggungjawab memanipulasi harga selepas GST dilaksanakan.akan ku reporttttttt

Wednesday 11 March 2015

Musim bunga yeahh

Musim panas yang luar biasa terasa menyiksakan.kulit terasa di siat2,kepala seperti nak meletup,tekak kering dan bermacam penyakit yang semakin meningkat semasa kenaikan suhu terutama dikawasan utara malaysia.
di sebalik penderitaan (cewahhh.dramatik pulak) muncul sang bunga putih dan merah jambu yang tidak henti mengembang.orang cakap cantik gilaaaa suasana tika ni seakan berada di jepun semasa musim sakura.merasa juga musim bunga kat malaysia ni.
......enjoyyyy the photo......

Thursday 26 February 2015

Musim panas kembali-Tips kecantikan dan sihat

Panas betul cuaca sekarang ni.yang bekerja dalam aircond pun terasa bahang lagi pulak yang bekerja di luar.kalau ikutkan info suhu boleh cecah sampai 35 degC dan keadaan ni berterusan sampai April 2015.rumah2 di bandar yang tak punya aircond semestinya serupa oven.bayangkan roti putih kalau dibiar kena udara kejap je keras macam baru lepas kena bakar.kalau dah panas menggila ni kulit mesti jadi gelap, kusam, kering, mengelupas, pesakit demam & batuk pun mesti meningkat.umumnya tips di bawah mampu mencegah simptom2 musim panas.

1. Minum air putih banyak2.purata dalam 2 jam aku minum 1 liter air kosong sahaja.belum tambah minum air manis ataupun makan buah sampai kembung perut



2. Pakai krim pelindung matahari yang ada tinggi spf untuk muka dan badan.lebih baik pakai yang spf 50 ke atas.tak rugi pun pakai spf tinggi.jerawat tak mau naik.


3. Pakai baju yang serap peluh.jangan nak bogel2 pulak.yang bawah ni pun boleh juga.takla membazir


4. Guna payung setiap kali keluar sekiranya berjalan kaki.payung pun nak rupa sayur.memang kamben


5. Kurangkan makanan pedas & kafein.yang kafein tu aku limit 1 hari sekali je kopi.


6. Banyak makan buah2 & sayur.
7. Kurangkan aktiviti sukan di tengah panas.
8. Mandi air sejuk waktu pagi dapat mambantu merendahkan suhu badan.dapat macam ni hari2 kan best.


9. Cuba bersenam dalam rumah.banyak senaman cardio yang boleh dilakukan di rumah seperti skipping, lompat bintang, mountain climbers, ataupun total body workout.


Toodlesssss.enjoy your summer 

Sunday 8 February 2015

Aiskrim pasu

Sekarang ni tengah hot aiskrim pasu ni.kat mane2 je update pasal aiskrim pasu.aku tertanya2 sedap ke?ape special sangat pasal aiskrim ni.google punya google baru ku tau aiskrim ni diletakkan dalam pasu ditambah sikit dengan lapisan kek, cecacing jelly, oreo crush& nestum dan sebagainya.teringin nak memcuba tapi orang yg beratur nak beli aiskrim ni membatalkan niat aku.ramai betul manusia.kebetulan aku ada  buat aiskrim sendiri.eksperimentasi aku pn bermula dan hasilnya seperti di bawah

Thursday 5 February 2015

Aku dan adik

Dari kecil aku seorang kanak2 yang terlalu pasif.aku tak suka bergaul dengan dunia luar.hidup aku ketika tu cuma rumah je.kawan aku cuma tv dan adik aku.sebab jarak umor kami tak jauh kami agak rapat dan dia seperti kakak kerana sifat dia yang lebih outgoing dan lasak.aku membesar dengan tv di mana situ sumber aku belajar teknologi sains bahasa.bila dah besar ni pun sama jugak kot.sebab tu bahasa inggeris aku lain sikit tapi takde la slang mat salleh.geli aku.adik aku pulak dia suka teroka dunia luar join aktiviti sukan wakil sukan sana sini..sampai besar pun dia tetap sama.aku ingat lagi dia beberapa hari nak exam besar boleh plak wakil sekolah untuk sukan.sabar je la.
Disebabkan sifat dia yang mudah bergaul dengan orang bila dah besar dia jd nurse yang disenangi orang.ramai staff hospital dan pesakit puji dengan servis yang dia berikan semasa merawat pesakit.aku pulak nak jadi doktor pun xmau sebab tak suka berinteraksi dengan orang makanya aku pilih menjadi engineer untuk medical industry.puhhh..masuk industri ni aku seperti polis.nak tak nak aku kena berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia.yang bestnye boleh lepaskan marah sekiranya ade kesilapan yang dilakukan.
Entri ni special untuk memperingati adik aku yang dah lama aku tak jumpa.tengok cara kami berdiri melambangkan sifat kami.nampak sangat aku seorang yang ikut peraturan dan dia seorang yang santai

Tuesday 3 February 2015

Kurus dan sihat

1. Minum banyak air
2. Kurangkan makanan berlemak
3. Senaman
4. Lebihkan sayur dan buah dalam makanan
5. Detox 
6. Supplement


Senarai di atas antara tips yang kita selalu dapat dalam internet.tapi sejauh mana keberkesanan tips di atas? Bergantung kepada individu tersebut. Individu dengan metabolism tinggi semestinya mudah untuk mencapai target dalam masa yang singkat.



Aku target tahun ni untuk dapatkan toned muscle.fokus senaman aku kepada strength training dan pemakanan. 
Dalam banyak2 senaman cardio aku paling tak gemar jongging berlari ape2 saje yang seangkatan dengannya. Inila rupa aku bila kena lari.


Makanya aku kena cari alternatif lain untuk senaman cardio seperti lompat bintang skipping hiking dan juga senaman seperti resistance training, total body workouts dan yang seangkatan dengannya. 

Persoalannya mampukah aku???Jeng jeng jeng

Thursday 29 January 2015

Komik

Semasa aku membesar aku tak berminat nk baca komik.dulu2 bila orang bercerita pasal komik ujang aku blurr sebab aku tak layan benda2 macam tu.bila dah besar boleh pulak aku layan komik2 yang cute ni.kebanyakan aku beli cerita berunsurkan seram atau penyiasatan.yang penting watak2 dalam cerita mesti comel.

Siri Magis Manis Coklat aku berjaya kumpul sampai 7 siri.ade lagi siri yang baru keluar tapi tak sempat nak beli sebab duit yang ade diperlukan untuk benda2 yang lebih penting.harap2 tak lama lagi boleh sambung beli siri2 yang lain