Dari kecil aku seorang kanak2 yang terlalu pasif.aku tak suka bergaul dengan dunia luar.hidup aku ketika tu cuma rumah je.kawan aku cuma tv dan adik aku.sebab jarak umor kami tak jauh kami agak rapat dan dia seperti kakak kerana sifat dia yang lebih outgoing dan lasak.aku membesar dengan tv di mana situ sumber aku belajar teknologi sains bahasa.bila dah besar ni pun sama jugak kot.sebab tu bahasa inggeris aku lain sikit tapi takde la slang mat salleh.geli aku.adik aku pulak dia suka teroka dunia luar join aktiviti sukan wakil sukan sana sini..sampai besar pun dia tetap sama.aku ingat lagi dia beberapa hari nak exam besar boleh plak wakil sekolah untuk sukan.sabar je la.
Disebabkan sifat dia yang mudah bergaul dengan orang bila dah besar dia jd nurse yang disenangi orang.ramai staff hospital dan pesakit puji dengan servis yang dia berikan semasa merawat pesakit.aku pulak nak jadi doktor pun xmau sebab tak suka berinteraksi dengan orang makanya aku pilih menjadi engineer untuk medical industry.puhhh..masuk industri ni aku seperti polis.nak tak nak aku kena berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia.yang bestnye boleh lepaskan marah sekiranya ade kesilapan yang dilakukan.
Entri ni special untuk memperingati adik aku yang dah lama aku tak jumpa.tengok cara kami berdiri melambangkan sifat kami.nampak sangat aku seorang yang ikut peraturan dan dia seorang yang santai
Thursday, 5 February 2015
Aku dan adik
Labels:
family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment