Thursday, 26 February 2015

Musim panas kembali-Tips kecantikan dan sihat

Panas betul cuaca sekarang ni.yang bekerja dalam aircond pun terasa bahang lagi pulak yang bekerja di luar.kalau ikutkan info suhu boleh cecah sampai 35 degC dan keadaan ni berterusan sampai April 2015.rumah2 di bandar yang tak punya aircond semestinya serupa oven.bayangkan roti putih kalau dibiar kena udara kejap je keras macam baru lepas kena bakar.kalau dah panas menggila ni kulit mesti jadi gelap, kusam, kering, mengelupas, pesakit demam & batuk pun mesti meningkat.umumnya tips di bawah mampu mencegah simptom2 musim panas.

1. Minum air putih banyak2.purata dalam 2 jam aku minum 1 liter air kosong sahaja.belum tambah minum air manis ataupun makan buah sampai kembung perut



2. Pakai krim pelindung matahari yang ada tinggi spf untuk muka dan badan.lebih baik pakai yang spf 50 ke atas.tak rugi pun pakai spf tinggi.jerawat tak mau naik.


3. Pakai baju yang serap peluh.jangan nak bogel2 pulak.yang bawah ni pun boleh juga.takla membazir


4. Guna payung setiap kali keluar sekiranya berjalan kaki.payung pun nak rupa sayur.memang kamben


5. Kurangkan makanan pedas & kafein.yang kafein tu aku limit 1 hari sekali je kopi.


6. Banyak makan buah2 & sayur.
7. Kurangkan aktiviti sukan di tengah panas.
8. Mandi air sejuk waktu pagi dapat mambantu merendahkan suhu badan.dapat macam ni hari2 kan best.


9. Cuba bersenam dalam rumah.banyak senaman cardio yang boleh dilakukan di rumah seperti skipping, lompat bintang, mountain climbers, ataupun total body workout.


Toodlesssss.enjoy your summer 

No comments:

Post a Comment