Thursday 26 February 2015

Musim panas kembali-Tips kecantikan dan sihat

Panas betul cuaca sekarang ni.yang bekerja dalam aircond pun terasa bahang lagi pulak yang bekerja di luar.kalau ikutkan info suhu boleh cecah sampai 35 degC dan keadaan ni berterusan sampai April 2015.rumah2 di bandar yang tak punya aircond semestinya serupa oven.bayangkan roti putih kalau dibiar kena udara kejap je keras macam baru lepas kena bakar.kalau dah panas menggila ni kulit mesti jadi gelap, kusam, kering, mengelupas, pesakit demam & batuk pun mesti meningkat.umumnya tips di bawah mampu mencegah simptom2 musim panas.

1. Minum air putih banyak2.purata dalam 2 jam aku minum 1 liter air kosong sahaja.belum tambah minum air manis ataupun makan buah sampai kembung perut



2. Pakai krim pelindung matahari yang ada tinggi spf untuk muka dan badan.lebih baik pakai yang spf 50 ke atas.tak rugi pun pakai spf tinggi.jerawat tak mau naik.


3. Pakai baju yang serap peluh.jangan nak bogel2 pulak.yang bawah ni pun boleh juga.takla membazir


4. Guna payung setiap kali keluar sekiranya berjalan kaki.payung pun nak rupa sayur.memang kamben


5. Kurangkan makanan pedas & kafein.yang kafein tu aku limit 1 hari sekali je kopi.


6. Banyak makan buah2 & sayur.
7. Kurangkan aktiviti sukan di tengah panas.
8. Mandi air sejuk waktu pagi dapat mambantu merendahkan suhu badan.dapat macam ni hari2 kan best.


9. Cuba bersenam dalam rumah.banyak senaman cardio yang boleh dilakukan di rumah seperti skipping, lompat bintang, mountain climbers, ataupun total body workout.


Toodlesssss.enjoy your summer 

Sunday 8 February 2015

Aiskrim pasu

Sekarang ni tengah hot aiskrim pasu ni.kat mane2 je update pasal aiskrim pasu.aku tertanya2 sedap ke?ape special sangat pasal aiskrim ni.google punya google baru ku tau aiskrim ni diletakkan dalam pasu ditambah sikit dengan lapisan kek, cecacing jelly, oreo crush& nestum dan sebagainya.teringin nak memcuba tapi orang yg beratur nak beli aiskrim ni membatalkan niat aku.ramai betul manusia.kebetulan aku ada  buat aiskrim sendiri.eksperimentasi aku pn bermula dan hasilnya seperti di bawah

Thursday 5 February 2015

Aku dan adik

Dari kecil aku seorang kanak2 yang terlalu pasif.aku tak suka bergaul dengan dunia luar.hidup aku ketika tu cuma rumah je.kawan aku cuma tv dan adik aku.sebab jarak umor kami tak jauh kami agak rapat dan dia seperti kakak kerana sifat dia yang lebih outgoing dan lasak.aku membesar dengan tv di mana situ sumber aku belajar teknologi sains bahasa.bila dah besar ni pun sama jugak kot.sebab tu bahasa inggeris aku lain sikit tapi takde la slang mat salleh.geli aku.adik aku pulak dia suka teroka dunia luar join aktiviti sukan wakil sukan sana sini..sampai besar pun dia tetap sama.aku ingat lagi dia beberapa hari nak exam besar boleh plak wakil sekolah untuk sukan.sabar je la.
Disebabkan sifat dia yang mudah bergaul dengan orang bila dah besar dia jd nurse yang disenangi orang.ramai staff hospital dan pesakit puji dengan servis yang dia berikan semasa merawat pesakit.aku pulak nak jadi doktor pun xmau sebab tak suka berinteraksi dengan orang makanya aku pilih menjadi engineer untuk medical industry.puhhh..masuk industri ni aku seperti polis.nak tak nak aku kena berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia.yang bestnye boleh lepaskan marah sekiranya ade kesilapan yang dilakukan.
Entri ni special untuk memperingati adik aku yang dah lama aku tak jumpa.tengok cara kami berdiri melambangkan sifat kami.nampak sangat aku seorang yang ikut peraturan dan dia seorang yang santai

Tuesday 3 February 2015

Kurus dan sihat

1. Minum banyak air
2. Kurangkan makanan berlemak
3. Senaman
4. Lebihkan sayur dan buah dalam makanan
5. Detox 
6. Supplement


Senarai di atas antara tips yang kita selalu dapat dalam internet.tapi sejauh mana keberkesanan tips di atas? Bergantung kepada individu tersebut. Individu dengan metabolism tinggi semestinya mudah untuk mencapai target dalam masa yang singkat.



Aku target tahun ni untuk dapatkan toned muscle.fokus senaman aku kepada strength training dan pemakanan. 
Dalam banyak2 senaman cardio aku paling tak gemar jongging berlari ape2 saje yang seangkatan dengannya. Inila rupa aku bila kena lari.


Makanya aku kena cari alternatif lain untuk senaman cardio seperti lompat bintang skipping hiking dan juga senaman seperti resistance training, total body workouts dan yang seangkatan dengannya. 

Persoalannya mampukah aku???Jeng jeng jeng