Monday 30 June 2014

Cinderella Surgery


Semua orang tau cerita Cinderella dengan kasut kacanya yang tertinggal semasa majlis tarian. Pencarian kepada tuan punya kasut kaca oleh Putera menemukan pelbagai ragam manusia yang cuba untuk memuatkan kaki mereka dalam kasut tersebut. Ade yang kakinye kecik di balut dengan kain dan stokin tebal, yang kaki besar dilipat supaya jad kecik. Janji muat kasut kaca yang dibawa putera. Lumrah manusia cuba mengejar kesenangan dengan apa jua cara asalkan boleh kaya.

Apa signifikasi cerita Cinderella dengan topic tulisan arini? Well well…Aku berada dalam bidang Orthopaedics ni dah hampir 6 tahun. Sedikit sebanyak ilmu dalam bilik bedah tentang penggunaan alatan dan produk bertambah dari hari ke hari. Bila abahku kena buat Knee surgery aku boleh paham ape yang doctor terangkan,sekurang2nye aku boleh berbincang tentang risiko dan alternative lain. Takdela terima bulat2 je.


Plastic surgery, face lift, tummy tucks, breast augmentation adalah istilah yang biasa kita dengar dalam bidang pembedahan kosmetik. Korea menjadikan pembedahan cosmetic sebagai satu tarikan pelancongan. Sekarang muncul pulak satu lagi trend pembedahan kosmetik --- Cinderella surgery.

Toe liposuction

Cinderella surgery ni adalah satu procedure pembedahan untuk mengecilkan dan megubahsuai kaki supaya dapat muat dalam designer shoes.Goshhhhhh.sound cruel kan. Prosedur Cinderella surgery ni termasuk memanjang atau mendekkan tumit kaki,membuang bunion, dan procedure memasukkan lemak di tapak kaki supaya mudah menyarungkan kasut jenis peep toe. 


Petikan berita: 

  • Fox 2 reported that one woman asked a surgeon to amputate her little toes (he refused) so she could wear designer shoes. Another patient asked her podiatrist for toe liposuction. So, is the newest trend in cosmetic surgery the epitome of high-class vanity? Well, if the Louboutin fits …
  • “My practice has exploded because of Manolo Blahnik, Christian Louboutin and Nicholas Kirkwood,” Neal Blitz, a podiatrist who specializes in esthetic and reconstructive procedures in Manhattan and performs surgery at Mount Sinai Hospital, told the New York Times. “There’s nothing like opening a shoe closet that’s been closed to somebody for years.”
  • According to the New York Times, women are getting Cinderella surgeries,  a term coined by Beverly Hills podiatrist Ali Sadrieh after female patients of his began requesting esthetic foot surgeries 13 years ago, to correct things like “high-heel foot,” “hitchhikers toe” (when an unusually large big toe sticks out like a hitchhiker holding out his thumb) and “toebesity.”

Tak salah untuk buat prosedur ni sekiranya dapat membantu kepada kehidupan yang lebih baik. Kepada yang ade niat dengan sengaja nak pendekkan saiz kaki sila pertimbangkan dengan waras kerana setiap pembedahan mempunyai risiko seperti jangkitan kuman, kesukaran untuk bergerak pantas, kecacatan kekal, sakit sendi dan .....


Post operation - tulang yang telah dipotong di sokong dengan pin

Post operation - x-ray menunjukkan kedudukan pin dalam tulang selepas tulang dipendekkan





Monday 24 February 2014

CNBLUE - Can't Stop M/V

New MV from CN BLUE one of my fav Korean band. This MV inspire me for next photo shoot concept which is combination of English, Asian and couture.  

PAN-ASIAN

Trend sekarang kahwin campur antara bangsa yang berbeza dalam dan juga luar Negara. Ada kenyataan yang mengatakan kahwin campur ni selain mempelbagai budaya, ia juga memperbaiki gene kita. Gene didefinisikan sebagai unit yang mengandungi sifat2 yang diwarisi dari induk iaitu ibu bapa dan datuk nenek moyang yang mana akan mengawal pertumbuhan & perkembangan fizikal, mental anak yang lahir kelak. Cuba bayangkan gene ni seperti jigsaw puzzle. Ade ruang2 yang perlu dipenuhi. 

Sumber Google
 Makanya dengan berkahwin dengan bangsa lain gene kita akan menghasilkan anak yang sempurna atau hampir sempurna baik dari segi rupa paras fizikal mau pun tahap kecerdikkan. Banyak contoh yang kita tengok dari artis2 tu sendiri yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak seperti : 

1. Emma maembong and sisters. 



2.  Maya Karin


3.  Zain & ShaSha Saidin



 4. Wardina and sisters




Masa aku belajar Uni dulu, prof. aku ade bagitau yang mana lagi banyak gene bercampur lagi bijak kanak-kanak tu hasil dari pemerhatian terhadap cucu-cucu dia yang mixed dari pelbagai bangsa di Asia, Eropah. Ada juga kajian2 saintifik yang menunjukkan campuran gene ini menghasilkan kanak2 yang bijak. Well let me think. Aku campur melayu, cina, india and Caucasian skit. Ade bijak tak?hehehhe. Tapi aku admit yang adik bongsu sangatla bijak. Rupa dia pun dah macam pak arab terlepas dari Dubai. Adik aku yang tengah plak rupa anak mami penang campur jepun. Dan aku pulak, tak dapat nak describe tapi kami tiga beradik ni ade 1 Malaysia dalam darah so perkataan racist tu amat terkesan dalam diri ku.

Apa kelebihan so called mix parentage @ pan-asian @ euroasian?

1. Harusla rupa paras yang sedap mata memandang sampai termimpi-mimpi.

2. Dah ada rupa paras yang bagus, banyak tawaran2 untuk menjadi model dari majalah ke bill board ke TV.

3. Ramai admire.Kelebihan ke tu?


Sape yang tak suka berwajah pan-asian dan punya pasangan pan-asian yang berkulit putih gebu. Bukan sebab mereka nak jadi so called “white man” ,malah kegilaan ini sebenarnya bermula dari sebelum kedatangan mat Salleh lagi. Kita mempunyai satu konsep pemikiran di mana berkulit putih menunjukkan anda kurang terdedah dengan cahaya matahari yang mana anda mungkin berasal dari golongan kelas atasan. Lihat sahaja zaman dahulu, golongan kelas atasan mempunyai rupa paras yang cantik, rambut disisir rapi dan kulit yang bersih.  Bila terjadinya kacukan antara golongan tempatan dengan Europeans, term pan-asian yang kulit putih ni menjadi satu trend yang mana white skin(pan-asian) dan status adalah selari  satu tanda aras kehidupan social dan pangkat. PEACE