Sunday 26 April 2015

Resepi fettuccine carbonara cheese

Kepingin carbonara cheese tapi malas nak keluar dengan hujan ribut kat luar.ku buka icebox (sebut esbox) tengok2 ape yang boleh guna untuk memasak.basic ingredient ade semua.cantekkkkkkk.

Bahan
1) Sebiji bawang holand potong dadu
2) Setengah labu bawang putih dicincang
3) sosej cheese atau ayam
4) carrot hiris panjang
5) 2 batang celeri potong setengah inci
6) 3 warna lada capcicum hiris panjang
7) cendawan enoki(boleh ganti dengan cendawan lain)
8) 1 tin kecik carbonara cendawan jenama  preggo
9) susu segar
10) fettuccine rebus ala dente(ni kena rasa sendiri sama ada dah masak atau belum)

Cara masak
1) goreng sosej sampai garing.keluarkan letak tepi.
2) guna minyak gorengan sosej tadi untuk tumis bawang holand dan bawang putih
3) masukkan preggo carbonara.guna tin preggo tadi sukat masuk 1/2 tin susu + 1tin air.tunggu sampai mendidih
4) masukkan carrot+lada capcicum 3 warna+saderi.
5) selepas 5 minit masukkan cendawan2 dan kacau2.siapppp

Hidangkan bersama fettucine.

Saturday 25 April 2015

Kematangan vs usia

Bila cecah 3 series mula terpikir tentang long term planning.target untuk dicapai sebelum umur 50.aku dah mula berkira2
# berapa simpanan aku setiap bulan
# berapa banyak aku mampu sara adik aku sampai dia mula bekerja
# cukup ke sumbangan aku kepada ibi bapa
# berapa aset yang aku ada
# target aset yang nak dikumpul
# macam mana pengurusan kewangan aku setiap bulan
# berapa banyak buku2 ilmiah yang aku baca setahun
# sejauh mana tahap kesihatan diri
Haiiiii..bila persoalan macam ni timbul baru terasa diri dah mula matang.selama ni buat ape pun main langgar je.orang tua kata langgar tembok tak pakai helmet.main redahhhhh aje.ok sekarang kena mula pakai helmet bila nak redah.peacee yo

Thursday 16 April 2015

Signboard vs status

Baru first time aku tengok peguam letak signbord kat rumah.nak kata rumah ni jadi pejabat tak juga.ke peguam ni keje dari rumah

Thursday 2 April 2015

Talapia masak stim orang bujang

Wahhhhh tajuk mesti ade bujang. Yela orang bujang yang masak.pastu skali masak memang untuk makan 2 hari.tapi mane pegi talapia aku ni.nampak sayur je lebih.

Resepi suka hati aku ni untuk setengah ekor ikan 

1 inch halia potong halus

5 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 sudu sos tiram

Garam 

Bahan2 atas ni semua ramas lepas tu baru lumur kt ikan.dah siap masuk dalam pinggan dan terus stim.sayur2 ikut selera masing2 ye.

dah siap masak perahkan limau dah boleh terus makan