Tuesday 2 February 2016

Kawal emosi yang tak keruan

Kadang2 manusia tak selalunye senang.hidup tak la gembira penuh warna warni sepanjang masa. ada masa kelam dan masa itu bergantung kepada diri how to cope with that situation.ade orang menangis, ada orang melakukan aktiviti lasak, ade yang makan, ade juga yang berkongsi masalah dekat orang tersayang.tapi macam mana pulak yang bersendirian? yang tak punya apa2? bagaimana cara aku kembali kepada kesedaran akal ku supaya tak terbawa2 dengan emosi?


  1. Bila masa aku bersedih atau terasa susah aku cuba untuk mencari manusia yang kehidupan lebih susah dari aku. aku perhatikan cara mereka menempuh hidup. aku sedar ujian yang mereka hadapi lebih besar tapi mereka mampu meneruskan aktiviti seharian mereka.dengan cara ini aku akan kembali ke akal waras aku.method ni aku sorang aje yang tahu.
  2. ade 1 sifat yang aku warisi dari abah aku.bila aku terasa down, aku akan menyakat orang sekeliling.akau akan membuat orang ketawa tak henti.lagi kuat aku menyakat, lagi besar beban yang aku tanggung. ade seseorang yang kenal sifat aku yg 1 ni walaupun belum kenal lama.
  3. menjahit.ye aku memang tau menjahit.tapi lebih kepada manik2 hiasan.bila ku fokus dengan kerja2 seni aku akan lupa yang lain.ini waris dari ibu
tiba2 emo pulak 1st entry 2016 ni