Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh
jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga
sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok
yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di
kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala
di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada
ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain
daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana
ia senang
mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah
ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk
menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu
untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan
menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata
"Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi
berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi
makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan
sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak
bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat
akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?".
Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua
penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita
hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab
katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana
ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang
akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak
akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun".
Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua
penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya
sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak
terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan
semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada.
Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan
haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami
semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku
khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut"
kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata "
Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya
tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang."
"Bolehkah engkau membawa kami ke sana
"
sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi
seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada
itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung
bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik
tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang
dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang
berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah
tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia
terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga
sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya
bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila
hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan
melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan
tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku
kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk
menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di
atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata
"Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di
sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali
ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah
ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar
untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar
ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah
ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati
di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi
makanan bangau ia
bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.
Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran
masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala
bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua
binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada
menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka
mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.
Moral cerita ini :
Jangan mudah mempercayai sesuatu yang tidak pasti. Contohnya
penghuni-penghuni tasik yang bodoh telah menjadi makanan bangau sebabnya bulat2
percaya dengan khabar angin bangau. Golongan ini(mangsa bangau dan bangau)
wujud dalam reality. Tak percaya???Tengokla sekeliling anda…
penghuni-penghuni tasik yang bodoh telah menjadi makanan bangau sebabnya bulat2
percaya dengan khabar angin bangau. Golongan ini(mangsa bangau dan bangau)
wujud dalam reality. Tak percaya???Tengokla sekeliling anda…
Jangan aniaya dan tipu orang. Tak baik wooo.. Orang yang
buat jahat akan dapat balasan. Kalau orang tu panjang umur sempatla dia berbuat
baik semula tapi kalau umurnya pendek macam bangau balasan datang masa tu juga.
Padan muka dia mati…
buat jahat akan dapat balasan. Kalau orang tu panjang umur sempatla dia berbuat
baik semula tapi kalau umurnya pendek macam bangau balasan datang masa tu juga.
Padan muka dia mati…
Jadilah orang bijak dan gunakan kelebihan yang ada pada diri
sebagai senjata masa susah contohnya ketam tadi. Penyepit diguna untuk membunuh
bangau jahat sampai terputus kepala..(tak pasal je aku teringat balik cerita
hostel)
sebagai senjata masa susah contohnya ketam tadi. Penyepit diguna untuk membunuh
bangau jahat sampai terputus kepala..(tak pasal je aku teringat balik cerita
hostel)
Kesimpulannya, jadilah seekor ketam sebab ketam ada sepit.
Boleh kepit orang..wakakaka…
Boleh kepit orang..wakakaka…
No comments:
Post a Comment