Monday, 2 May 2011

KIsah keldai & petani

satu hari, seekor keldai milik seorang petani jatuh dalam perigi yang dalam. keldai tu menangis berjam-jam sementara petani memikirkan cara untuk mengeluarkan keldainya dari perigi tu..akhirnya petani itu memutuskan untuk menimbus perigi tu sebab terlalu bahaya kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut dan memandangkan usia keldai yang dah tua, petani rasa tak guna dia tolong keldai tu…
petani pun memanggil jiran-jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. kerja-kerja dimulakan dengan menuang pasir dalam perigi..pada mulanya keldai meraung dengan sekuat hati sehingga sesiapa yang mendengar terasa terlalu menyayat hati tapi itu tak menghalang kerja-kerja penimbusan..
selepas tu semua orang terkejut sebab tiada lagi suara keldai.mereka sangkakan keldai dah mati tapi sebaliknya berlaku. mereka tecengang malihat apa yang berlaku..walaupun keldai ditimpa tanah dia menggoncangkan badannya supaya tanah tadi jatuh  ke bawah dan keldai akan naik tanah tu..keldai mengulangi tindakan bijak ini setiap kali orang menuang tanah ke dalam perigi..tak lama kemudian, keldai hampir sampai ke permukaan perigi dan melompat keluar dari perigi dan berlari sekuat hatinya meninggalkan orang ramai yang terpesona dengan apa yang telah berlaku di depan mata mereka…TAMAT

kehidupan akan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita. cara untuk keluar dari ‘perigi’(kesedihan, masalah dsbgnya) dengan menggoncangkan tanah dari diri (fikiran dan hati kita) dan melangkah keluar dari perigi menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. setiap masalah merupakan satu pijakan untuk kita melangkah ke arah jalan penyelesaian..kita akan dapat keluar dari ‘perigi’ yang terdalam dengan terus berjuang dan jangan pernah menyerah..goncangkanlah perkara-perkara negatif dan melangkah naik…
PESANAN BUAT SEMUA
  • Bebaskan diri dari kebencian
  • Hidup sederhana
  • Lebih banyak memberi
  • Kurangkan berharap
  • SENYUM SELALU OK

1 comment: