Saturday, 21 May 2011

GEMPARR..tanah runtuh

Tragedi tanah runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan
Nora Mahpar
bhnews@bharian.com.my
2011/05/21KAJANG: Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.






.....sehingga kini yang meninggal 12 orang..Al-fatihah..

Saturday, 14 May 2011

Cash Ads

IKLAN!!!!!!Hanya ingin membantu rakan saya mengiklan produk beliau
Masalah utama apabila anda memiliki website utk syarikat atau perniagaan anda adalah tiada pelawat.

Kini anda mampu miliki website dgn harga yg sangat murah dan mempunyai sistem sms dan email yg canggih.

Website anda juga diiklankan di dalam Advertising Website

Dapatkan website anda dan iklan di http://cashads.net



Memiliki Website


80% Perniagaan Di Malaysia Tidak Memiliki Website

Sepanjang enam bulan saya membuat 'survey' kepada para pemilik perniagaan di Malaysia, didapati hampir kesemua yang saya temui tidak mempunyai laman web. Statistik ini agak mengejutkan saya, bagaimana negara Malaysia yang serba moden dengan prasana kemudahan internet seperti unifi, broadband dan sebagainya, masih terlalu besar jumlah syarikat-syarikat tidak memiliki website untuk memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaannya.

Sedangkan telah terbukti dengan memiliki laman web bagi perniagaan masing-masing mampu meningkatkan jualan. Dari maklumat yang saya perolehi pula, mereka lebih gemar menggunakan facebook untuk berhibur bersama rakan kenalan. Alangkah bagus jika waktu yang diluangkan semasa melayari facebook dapat mereka mempromosikan laman web perniagaannya.

Sehubungan dengan itu, sebuah syarikat pengiklanan di Malaysia menawarkan perkhidmatan untuk memiliki website dengan harga yang sangat rendah yang juga memiliki 'marketing tools' seperti sms blaster, email blaster dan online shopping system. Syarikat ini juga menawarkan iklan di laman webhttp://cashads.net selama SETAHUN secara PERCUMA.

Dengan sistem serta kemudahan yang disediakan oleh CashAds, jualan dan keuntungan syarikat pasti meningkat.

Untuk maklumat seterusnya tentang laman web tersebut sila layari http://cashads.net

Sunday, 8 May 2011

Teknologi tenaga nuklear diMalaysia.Relevenkah?

tenaga nukler didefinifikan sebagai tenaga yang mengikat sesuatu atom yang terbebas melalui tindaklbalas nuklear seperti pembelahaon @ pelakuran nuklear,pereputan radioaktif.Tenaga ini dihasilkan dari reaksi nuklear yang terkawal. loji nuklear menggunakan kaedah reaksi pembelahan berantai yg menyebab pembelahan nukleus seterusnya membebaskn neutron,gamma photon & >200milllion electron volt tenaga untuk setip process pembelahan & tenaga ini dalam bentuk haba.haba ini memanaskan air kemudian menggerakkan tubin menghasilkan elektrik.Dalam pengurusan tenaga nuklear key penting yang perlu diberi perhatian adalah SAFE & EFFECTIVE.Bahan utama yang diguna adalah Uranium dimana penguraian yang dilakukan dengan selamat akan menghasilkan tenaga elektrik yang mana kaedah ini lebih efektif daripada process pembakran api fosil yang menambah kadar karbon dalam udara.Aspek pengurusan sisa radioaktif perlu diambil perhatiaon kerana keradiaktifannya bertahan sehingga beribu tahun lamanya & sisa buangan ini tidak sama seperti kilang2 kitar semula,atau buang kedalam sungai.apa yang kita concern disini bukan sahaja bagaimana @ berapa banyak tenaga nuklear dapat dihasilkan tetapi kesan dari loji itu sendiri sama ada dri segi operasi harian atau pun kemalangan atau pun kemalangan yang berlaku dalam loji itu sendiri.
Adakah aspek pelepasan radioaktif ini ketika operator mengendalikan bahan nuklear semasa pengisian semula dan proses pembuangan sisa.. mengakibatkan atau menjejaskan persekitaran..?
---> ya kedua-duanya.kesannnya tidak terhad kepada persekitaran malah kepada manusia yang juga melibatkan masa depan generasi kita.
Malaysia bukan dalam lingkaran "ring of fire' tidak seperti negara jepun yg mengalami retakan platonik dan megakibatkan gempa bumi serta tsunami..yg merosakan reaktor nuklear.
--> ya Malaysia not listed in ring of fire. kemalangan yang dinyatakan disini tidak merujuk kepada bencana alam.tetapi ia boleh terjadi disebabkan kecuaian manusia,kerosakan teknikal dsb.kemalangan yang dinyatakan disini tidak merujuk kepada bencana alam.
Adakah tenaga Nuklear mmng sukar utuk dikawal selia keselamatanya.? dan adakah malaysia akan menghadapi risiko jika mengunakannya..?
-->seperti yang dinyatakan diatas pengurusan tenaga nuclear mesti SAFE & EFFECTIVE.aspek keselamatan semasa pengendalian,penyimpanan,pemprosesan mestilah mematuhi standard yang telah ditetapkan. Setiap tahap pengendalian bahan radiaktif mesti dilihat sebagai sesuatu yang berisiko tinggi.
Dalam penggunaan teknologi nuclear ada 2 persoalan yang kita sering tanyakan iaitu keselamatan @ keperluan atau keduanya?keselamatan mendahului keperluan.sekiranya Malaysia memberi jaminan keselamatan penggunaan tenaga ini maka rakyat Malaysia pasti bersetuju dengn cadangan ini..
Di Malaysia sendiri telah mempunyai  kepakaran dalam bidang tenaga nuklear. Kesemua tenaga pakar ini dikelola oleh pihak Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).Tambahan pula, mengikut perangkaan yang dibuat oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mewujudkan 900 siswazah, sarjana dan lulusan Ph.D dalam bidang nuklear dengan 95% daripadda mereka bertugas dalam negeri dalam pelbagai sektor. Kepakaran dan latihan yang mereka lalui akan digunakan bagi menjayakan rancangan NPP (nuclear power plant) negara. Apa yang diharapkan kepakaran yang ada dimalaysia ini dapat menjalankan kajian yang lebih mendalam sebelum membanguunkan teknologi ini. Kita bukan hanya perlu fikirkan kesan 2-3 tahun akan datang tetapi kesan jangka panjang hayat sesuatu bahan radioaktif itu sendiri yang mana bertahan ratusan ribu lamanya. Seperti sumpahan mahsuri yang memakan masa 7 keturunan dimana saat menunggu penghabisan sumpahan pelbagai bala yang menimpa begitu bahan radiaoaktif ini perlu dipandang lebih jauh dari itu.
Kita boleh gunakan tenaga alternative yang lebih selamat & effective seperti janakuasa hidro ataupun tenaga solar @ tenaga biojisim yang tentunya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia kini & selamanya.Di Malaysia sendiri telah menggunakan teknologi nuclear berskala kecil seperti  :
1)      Radiologi diagnosis : Menggunakan  imbasan seperty X-ray,resonan magnetic nuclear(NMR) untuk mengesan penyakit.
2)      Pencegah kuman/microb : Sinaran gamma pula digunakan untuk sterility(menghalang pembiakan mikrob) keatas  peralatan perubatan yang diimplant dalam tubuh manusia untuk jangka hayat tertentu @ sepanjang hayat.
3)      Rdioterapi : Teknik merawat kanser dengan membunuh sel2 kanser
Kesimpulannya, Malaysia juga mempunyai kepakaran dan berpontensi untuk mewujudkan prasarana yang hebat dalam ilmu tenaga nuclear yang ada kini.


RON95/RON97

Banyak isu tentang RON95 & RON97 didebatkan sampai ade yang nak terjun laut pun ade. Pertama sekali untuk membezakan keduanya asas pemahaman tentang kandungan dalam petrol dari segi kimia perlu ada. Beberapa persoalan yang sering ditanya:
1) Apa yang dimaksudkan dengan RON?
RON didefinisikan sebagai Research Octane Rating.
...
2) Apa itu octane?

Banyak kita dengar tentang ontane dalam petrol & bagaimana semakin tinggi RON semakin baik performance sesuatu enjin . Octane rating tidak bermaksud kandungan tenaga yang ada dalam petrol tetapi ia lebih kepada ukuran pembakaran petrol dalam keadaan yang terkawal ataupun ketahanan bahan api petrol daripada meletup tak tentu pasal. Secara ringkasnye kandungan octane terdiri daripada;

C8H8 dimana C= karbon & H = Hidrogen--->menjadi bahan bakar di dalam enjin anda

RON 95 & RON97 dibezakan oleh nisbah campuran octane & heptane; salah satu kandungan standard yang dalam bahan api petrol..
---> RON95 = campuran 95% octane & 5% heptanes
---> RON97 = campuran 97% octane & 35 heptanes

Disini dapat lihat semakin tinggi peratusan octane atau RON tersebut semakin baik performance enjin. Tetapi harus diingat tak semua RON sesuai untuk semua jenis kereta..RON yang tinggi lebih sesuai dengan enjin berkuasa tinggi seperti sports car. Penggunaan minyak RON yang betul berdasarkan rekabentuk enjin & penyesuaian enjin dgn bahan api yang akan memaksimakan performance & keberkesanan kenderaan itu. Bagaimana untuk mengenalpasti RON yangsesuai untuk kereta? Biasanya ade terdapat pelekat di penutup tangki minyak,ataupun pada manual kereta a tau pun dah tak tau sangat tanya pada pengeluar kereta.

RON97 biasanya sesuai untuk kereta 1.8 & keatas yang mana pemandunya suka mencelah ,bawa macam orang gila & rasa duit dah banyak nak menghebahkan kepada semua yang dia pakai RON97. Manakala RON95 sesuai untuk kereta manual kerana pickup dikawal oleh anda semasa menekan pedal minyak.
Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak RON yang rendah tetapi anda menggunakan MINYAK RON yang TINGGI ape yang anda dapat hanya pembaziran sahaja KERANA semakin tinggi RON itu ia tak bermaksud minyak itu sangat hebat, boleh menjadikan kancil memecut seperti ferarri. Semakin tinggi RON itu semakin sukar untuk proses pembakaran bahan api dan semestinya harganya juga turut meningkat. Yang orang bising-bising macam langit nak runtuh bila RON97 naik apehal. Tak mati pun kalau pakai RON95. Agaknya kalau ada RON100 kat Malaysia berduyun2 rakyat Malaysia nak guna tanpa fikirkan kesesuaian dengan enjin kenderaan.

Jenis kereta min RON95 yang diperlukan
1) Proton – semua model
2) Perodua – semua model
3) Chevy – semua model
4) Ford – semua model
5) Honda- semua model kecuali Honda Civic Type R
6) Kia – semua model
7) Lexus – semua model
8) Mazda – semua model
9) Mercedes – semua model
10) Peugeot - semua model
11) Suzuki – semua model kecuali Swift sport
12) Toyota - semua model
13) Wolkswagen - semua model
14) Volvo - semua model
15) Mitsubishi - semua model kecuali Airtek Turbo & Lancer Evolution
16) Naza - semua model
17) Nisan - semua model

Jenis kereta yang perlukan RON97
1) Honda Civic Type R
2) Suziki Swift Sport
3) Misubishi Airtek Turbo & Lancer Evolution
4) Range Rover
5) Skoda 200FSI

Saturday, 7 May 2011

Kisah bangau & ketam


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh
jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga
sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok
yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di
kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala
di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada
ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain
daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana
ia senang
mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah
ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk
menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu
untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan
menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata
"Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi
berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi
makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenungBangau dengan perasan
sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak
bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat
akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?".
Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua
penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita
hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab
katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana
ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang
akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak
akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun".
Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua
penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya
sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak
terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan
semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada.
Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan
haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami
semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku
khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut"
kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata "
Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya
tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang."
"Bolehkah engkau membawa kami ke sana
"
sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi
seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada
itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung
bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik
tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang
dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang
berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah
tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia
terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga
sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya
bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila
hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam  memandang ke bawah dan
melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan
tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku
kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk
menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di
atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata
"Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di
sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali
ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah
ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar
untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar
ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah
ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati
di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadiKetam
makanan bangau ia
bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.
Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran
masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala
bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua
binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada
menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka
mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.
 


Moral cerita ini :

Jangan mudah mempercayai sesuatu yang tidak pasti. Contohnya
penghuni-penghuni tasik yang bodoh telah menjadi makanan bangau sebabnya bulat2
percaya dengan khabar angin bangau. Golongan ini(mangsa bangau dan bangau)
wujud dalam reality. Tak percaya???Tengokla sekeliling anda…

Jangan aniaya dan tipu orang. Tak baik wooo.. Orang yang
buat jahat akan dapat balasan. Kalau orang tu panjang umur sempatla dia berbuat
baik semula tapi kalau umurnya pendek macam bangau balasan datang masa tu juga.
Padan muka dia mati…

Jadilah orang bijak dan gunakan kelebihan yang ada pada diri
sebagai senjata masa susah contohnya ketam tadi. Penyepit diguna untuk membunuh
bangau jahat sampai terputus kepala..(tak pasal je aku teringat balik cerita
hostel)

Kesimpulannya, jadilah seekor ketam sebab ketam ada sepit.
Boleh kepit orang..wakakaka…

Tuesday, 3 May 2011

Boys Over Flower

Sumber Google
Melayan cerita Boys Over Flower memang menggelikan hati. Cerita tentang persahabatan & cinta diantara Flower Four(F4) geng kaya dgn Jandi seorang gadis biasa. F4 terdiri daripada 4 org anak muda yang dilahirkan dalam persekitaran emas(anak org kaya);
Sumber Google
Jun Pyo sebagai ketua & pewaris Shin Hwa Group berkarakter  kerek& mempunyai ego yang tinggi tetapi deep in heart seorang yang sangat perlukan kasih sayang.
Sumber Google
Ji Hoo seorang yang tidak banyak bicara, sgt obses dengan warna putih,berpewatakan romantik,baik hati,kesunyian kerana telah kehilangan kedua ibu bapa & ditingalkan datuknya seorang president syarikat.mempunyai kebolehan bermain muzik especially biola,memasak & menari.
Sumber Google
Woo Bin seorang kelakar digelar Prince Song & sangat gemar berkawan dengan ramai wanita. Pandai menari menjadi tarikan utama.Gemar menyebut perkataan bahasa inggeris santai seperti yo yo yo wassup.
Sumber Google
Eu Jung seorang berbakat bermain seksofon & membuat tembikar dikenali sebagai ahli seni yang termuda di dunia.juga menggemari wanita & pandai memikat.
F4 telah dididik oleh keluarga mereka bahawa cinta sejati sesama manusia tak pernah wujud.Kehadiran Jandi & rakannya Gaeul telah mengubah persepsi mereka tentang cinta & orang kebnyakan.
Ape yang aku gemar tentang F4?
Mereka sangat mementingkan persahabatan sesamama mereka & sertaJ andi & kawannya Gaeul. Satu aku belajar tentang cerita ni. Wang mempunyai kuasa yang besar keatas hidup tetapi wang tidak dapat membeli cinta & persahabatan. Itu  juga pendirian yang aku pegang selama ini. Mungkin orang mengatakan aku hilang kewarasan tetapi ini adalah diri aku. Kalau berduit tetapi tak bahagia tak guna juga.
 

Monday, 2 May 2011

KIsah keldai & petani

satu hari, seekor keldai milik seorang petani jatuh dalam perigi yang dalam. keldai tu menangis berjam-jam sementara petani memikirkan cara untuk mengeluarkan keldainya dari perigi tu..akhirnya petani itu memutuskan untuk menimbus perigi tu sebab terlalu bahaya kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut dan memandangkan usia keldai yang dah tua, petani rasa tak guna dia tolong keldai tu…
petani pun memanggil jiran-jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. kerja-kerja dimulakan dengan menuang pasir dalam perigi..pada mulanya keldai meraung dengan sekuat hati sehingga sesiapa yang mendengar terasa terlalu menyayat hati tapi itu tak menghalang kerja-kerja penimbusan..
selepas tu semua orang terkejut sebab tiada lagi suara keldai.mereka sangkakan keldai dah mati tapi sebaliknya berlaku. mereka tecengang malihat apa yang berlaku..walaupun keldai ditimpa tanah dia menggoncangkan badannya supaya tanah tadi jatuh  ke bawah dan keldai akan naik tanah tu..keldai mengulangi tindakan bijak ini setiap kali orang menuang tanah ke dalam perigi..tak lama kemudian, keldai hampir sampai ke permukaan perigi dan melompat keluar dari perigi dan berlari sekuat hatinya meninggalkan orang ramai yang terpesona dengan apa yang telah berlaku di depan mata mereka…TAMAT

kehidupan akan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita. cara untuk keluar dari ‘perigi’(kesedihan, masalah dsbgnya) dengan menggoncangkan tanah dari diri (fikiran dan hati kita) dan melangkah keluar dari perigi menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. setiap masalah merupakan satu pijakan untuk kita melangkah ke arah jalan penyelesaian..kita akan dapat keluar dari ‘perigi’ yang terdalam dengan terus berjuang dan jangan pernah menyerah..goncangkanlah perkara-perkara negatif dan melangkah naik…
PESANAN BUAT SEMUA
  • Bebaskan diri dari kebencian
  • Hidup sederhana
  • Lebih banyak memberi
  • Kurangkan berharap
  • SENYUM SELALU OK