credit to google |
credit t google |
credit to google |
credit to google |
credit to google |
credit to google |
credit t google |
credit to google |
credit to google |
credit to google |
Kepingin carbonara cheese tapi malas nak keluar dengan hujan ribut kat luar.ku buka icebox (sebut esbox) tengok2 ape yang boleh guna untuk memasak.basic ingredient ade semua.cantekkkkkkk.
Bahan
1) Sebiji bawang holand potong dadu
2) Setengah labu bawang putih dicincang
3) sosej cheese atau ayam
4) carrot hiris panjang
5) 2 batang celeri potong setengah inci
6) 3 warna lada capcicum hiris panjang
7) cendawan enoki(boleh ganti dengan cendawan lain)
8) 1 tin kecik carbonara cendawan jenama preggo
9) susu segar
10) fettuccine rebus ala dente(ni kena rasa sendiri sama ada dah masak atau belum)
Cara masak
1) goreng sosej sampai garing.keluarkan letak tepi.
2) guna minyak gorengan sosej tadi untuk tumis bawang holand dan bawang putih
3) masukkan preggo carbonara.guna tin preggo tadi sukat masuk 1/2 tin susu + 1tin air.tunggu sampai mendidih
4) masukkan carrot+lada capcicum 3 warna+saderi.
5) selepas 5 minit masukkan cendawan2 dan kacau2.siapppp
Hidangkan bersama fettucine.
Bila cecah 3 series mula terpikir tentang long term planning.target untuk dicapai sebelum umur 50.aku dah mula berkira2
# berapa simpanan aku setiap bulan
# berapa banyak aku mampu sara adik aku sampai dia mula bekerja
# cukup ke sumbangan aku kepada ibi bapa
# berapa aset yang aku ada
# target aset yang nak dikumpul
# macam mana pengurusan kewangan aku setiap bulan
# berapa banyak buku2 ilmiah yang aku baca setahun
# sejauh mana tahap kesihatan diri
Haiiiii..bila persoalan macam ni timbul baru terasa diri dah mula matang.selama ni buat ape pun main langgar je.orang tua kata langgar tembok tak pakai helmet.main redahhhhh aje.ok sekarang kena mula pakai helmet bila nak redah.peacee yo
Baru first time aku tengok peguam letak signbord kat rumah.nak kata rumah ni jadi pejabat tak juga.ke peguam ni keje dari rumah
Wahhhhh tajuk mesti ade bujang. Yela orang bujang yang masak.pastu skali masak memang untuk makan 2 hari.tapi mane pegi talapia aku ni.nampak sayur je lebih.
Resepi suka hati aku ni untuk setengah ekor ikan
1 inch halia potong halus
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu sos tiram
Garam
Bahan2 atas ni semua ramas lepas tu baru lumur kt ikan.dah siap masuk dalam pinggan dan terus stim.sayur2 ikut selera masing2 ye.
dah siap masak perahkan limau dah boleh terus makan
Trending sekarang GST!!!!!!mana2 je bercakap pasal GST.yang merungut yang menyokong yang memesong yang yang yang pe lagi.ramai lagi rakyat yang tak paham GST kebaikan ,keburukan, bagaimana ia berfungsi.tapi ape yang aku tau rakyat cuma nak tau ape kelebihan yang rakyat dapat dengan GST.KELEBIHAN KELEBIHAN KELEBIHAN...tu yang kita nak dengan kan.
Aku cuba berfikir sebagai rakyat biasa untuk menilai sejauh mana info tentang GST ni sampai kepada rakyat.media pertama aku cari adalah TV.majoriti rumah ada TV kan.Apa yang aku tengok di TV penerangan GST ni masih tak cukup jelas kalau dilihat pada iklan.fokus banyak kepada pengeluar dan peniaga..tapi rakyat biasa;pengguna tak banyak yang di beri fokus.aku beralih kepada rancangan2 diskusi cuba mencari kalau2 ada rancangan yang membantu penerangan GST dengan lebih jelas.TV1 banyak juga rancangan2 macam ni.GOOD JoB TV1.
Aku beralih pulak ke media maya.internet ni lagi dasyat.macam2 info yang ade tentang GST.banyak yang buruk kot.aku kata buruk sebab ada pihak tak bertanggungjawab spin isu GST dengan bagi fakta2 palsu yang mengelirukan rakyat.kita ni manusia bila benda buruk cepat je kita sebarkan.lagi ramai orang tak kan paham betul2 tentang GST.
Pihak2 berwajib pulak kurang agresif untuk memberi penerangan tentang GST.satu agensi yang terlibat dalam rancangan bual bicara pernah berkata yang pendidikan GST ni dilakukan berperingkat.peringkat sekarang ni lebih kepada pendedahan kepada GST.bukan niat mereka untuk tidak agresif tetapi mereka ada perlaksanaan mereka sendiri.ok aku terima penjelasan mereka.cuma bila GST dah mula tolong2 buat keje dengan agresif bila mana rakyat melaporkan pihak2 yang manipulasi harga kerana GST.
Aku nak tengok berapa ramai pembekal,peniaga yang tak bertanggungjawab memanipulasi harga selepas GST dilaksanakan.akan ku reporttttttt
Musim panas yang luar biasa terasa menyiksakan.kulit terasa di siat2,kepala seperti nak meletup,tekak kering dan bermacam penyakit yang semakin meningkat semasa kenaikan suhu terutama dikawasan utara malaysia.
di sebalik penderitaan (cewahhh.dramatik pulak) muncul sang bunga putih dan merah jambu yang tidak henti mengembang.orang cakap cantik gilaaaa suasana tika ni seakan berada di jepun semasa musim sakura.merasa juga musim bunga kat malaysia ni.
......enjoyyyy the photo......
Sekarang ni tengah hot aiskrim pasu ni.kat mane2 je update pasal aiskrim pasu.aku tertanya2 sedap ke?ape special sangat pasal aiskrim ni.google punya google baru ku tau aiskrim ni diletakkan dalam pasu ditambah sikit dengan lapisan kek, cecacing jelly, oreo crush& nestum dan sebagainya.teringin nak memcuba tapi orang yg beratur nak beli aiskrim ni membatalkan niat aku.ramai betul manusia.kebetulan aku ada buat aiskrim sendiri.eksperimentasi aku pn bermula dan hasilnya seperti di bawah
Dari kecil aku seorang kanak2 yang terlalu pasif.aku tak suka bergaul dengan dunia luar.hidup aku ketika tu cuma rumah je.kawan aku cuma tv dan adik aku.sebab jarak umor kami tak jauh kami agak rapat dan dia seperti kakak kerana sifat dia yang lebih outgoing dan lasak.aku membesar dengan tv di mana situ sumber aku belajar teknologi sains bahasa.bila dah besar ni pun sama jugak kot.sebab tu bahasa inggeris aku lain sikit tapi takde la slang mat salleh.geli aku.adik aku pulak dia suka teroka dunia luar join aktiviti sukan wakil sukan sana sini..sampai besar pun dia tetap sama.aku ingat lagi dia beberapa hari nak exam besar boleh plak wakil sekolah untuk sukan.sabar je la.
Disebabkan sifat dia yang mudah bergaul dengan orang bila dah besar dia jd nurse yang disenangi orang.ramai staff hospital dan pesakit puji dengan servis yang dia berikan semasa merawat pesakit.aku pulak nak jadi doktor pun xmau sebab tak suka berinteraksi dengan orang makanya aku pilih menjadi engineer untuk medical industry.puhhh..masuk industri ni aku seperti polis.nak tak nak aku kena berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia.yang bestnye boleh lepaskan marah sekiranya ade kesilapan yang dilakukan.
Entri ni special untuk memperingati adik aku yang dah lama aku tak jumpa.tengok cara kami berdiri melambangkan sifat kami.nampak sangat aku seorang yang ikut peraturan dan dia seorang yang santai
Semasa aku membesar aku tak berminat nk baca komik.dulu2 bila orang bercerita pasal komik ujang aku blurr sebab aku tak layan benda2 macam tu.bila dah besar boleh pulak aku layan komik2 yang cute ni.kebanyakan aku beli cerita berunsurkan seram atau penyiasatan.yang penting watak2 dalam cerita mesti comel.
Siri Magis Manis Coklat aku berjaya kumpul sampai 7 siri.ade lagi siri yang baru keluar tapi tak sempat nak beli sebab duit yang ade diperlukan untuk benda2 yang lebih penting.harap2 tak lama lagi boleh sambung beli siri2 yang lain