Trend sekarang kahwin campur antara bangsa yang berbeza
dalam dan juga luar Negara. Ada kenyataan yang mengatakan kahwin campur ni
selain mempelbagai budaya, ia juga memperbaiki gene kita. Gene didefinisikan sebagai unit yang mengandungi sifat2 yang diwarisi dari induk iaitu ibu bapa dan datuk nenek moyang yang mana akan mengawal pertumbuhan & perkembangan fizikal, mental anak yang lahir kelak. Cuba bayangkan gene ni
seperti jigsaw puzzle. Ade ruang2 yang perlu dipenuhi.
Sumber Google |
1. Emma maembong and sisters.
2. Maya Karin
3. Zain & ShaSha Saidin
4. Wardina and sisters
Masa aku belajar Uni dulu, prof. aku ade bagitau yang mana
lagi banyak gene bercampur lagi bijak kanak-kanak tu hasil dari pemerhatian
terhadap cucu-cucu dia yang mixed dari pelbagai bangsa di Asia, Eropah. Ada juga
kajian2 saintifik yang menunjukkan campuran gene ini menghasilkan kanak2 yang
bijak. Well let me think. Aku campur melayu, cina, india and Caucasian skit. Ade
bijak tak?hehehhe. Tapi aku admit yang adik bongsu sangatla bijak. Rupa dia pun
dah macam pak arab terlepas dari Dubai. Adik aku yang tengah plak rupa anak
mami penang campur jepun. Dan aku pulak, tak dapat nak describe tapi kami tiga
beradik ni ade 1 Malaysia dalam darah so perkataan racist tu amat terkesan
dalam diri ku.
Apa kelebihan so called mix parentage @ pan-asian @ euroasian?
1. Harusla rupa paras yang sedap mata memandang sampai
termimpi-mimpi.
2. Dah ada rupa paras yang bagus, banyak tawaran2 untuk
menjadi model dari majalah ke bill board ke TV.
3. Ramai admire.Kelebihan ke tu?
Sape yang tak suka berwajah pan-asian dan punya pasangan
pan-asian yang berkulit putih gebu. Bukan sebab mereka nak jadi so called “white
man” ,malah kegilaan ini sebenarnya bermula dari sebelum kedatangan mat Salleh
lagi. Kita mempunyai satu konsep pemikiran di mana berkulit putih menunjukkan
anda kurang terdedah dengan cahaya matahari yang mana anda mungkin berasal dari
golongan kelas atasan. Lihat sahaja zaman dahulu, golongan kelas atasan
mempunyai rupa paras yang cantik, rambut disisir rapi dan kulit yang bersih. Bila terjadinya kacukan antara golongan
tempatan dengan Europeans, term pan-asian yang kulit putih ni menjadi satu
trend yang mana white skin(pan-asian) dan status adalah selari satu tanda aras kehidupan social dan pangkat. PEACE
No comments:
Post a Comment