Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

Resepi fettuccine carbonara cheese

Kepingin carbonara cheese tapi malas nak keluar dengan hujan ribut kat luar.ku buka icebox (sebut esbox) tengok2 ape yang boleh guna untuk memasak.basic ingredient ade semua.cantekkkkkkk.

Bahan
1) Sebiji bawang holand potong dadu
2) Setengah labu bawang putih dicincang
3) sosej cheese atau ayam
4) carrot hiris panjang
5) 2 batang celeri potong setengah inci
6) 3 warna lada capcicum hiris panjang
7) cendawan enoki(boleh ganti dengan cendawan lain)
8) 1 tin kecik carbonara cendawan jenama  preggo
9) susu segar
10) fettuccine rebus ala dente(ni kena rasa sendiri sama ada dah masak atau belum)

Cara masak
1) goreng sosej sampai garing.keluarkan letak tepi.
2) guna minyak gorengan sosej tadi untuk tumis bawang holand dan bawang putih
3) masukkan preggo carbonara.guna tin preggo tadi sukat masuk 1/2 tin susu + 1tin air.tunggu sampai mendidih
4) masukkan carrot+lada capcicum 3 warna+saderi.
5) selepas 5 minit masukkan cendawan2 dan kacau2.siapppp

Hidangkan bersama fettucine.

Thursday, 2 April 2015

Talapia masak stim orang bujang

Wahhhhh tajuk mesti ade bujang. Yela orang bujang yang masak.pastu skali masak memang untuk makan 2 hari.tapi mane pegi talapia aku ni.nampak sayur je lebih.

Resepi suka hati aku ni untuk setengah ekor ikan 

1 inch halia potong halus

5 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 sudu sos tiram

Garam 

Bahan2 atas ni semua ramas lepas tu baru lumur kt ikan.dah siap masuk dalam pinggan dan terus stim.sayur2 ikut selera masing2 ye.

dah siap masak perahkan limau dah boleh terus makan