Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

GEMPARR..tanah runtuh

Tragedi tanah runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan
Nora Mahpar
bhnews@bharian.com.my
2011/05/21KAJANG: Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.






.....sehingga kini yang meninggal 12 orang..Al-fatihah..

Sunday, 8 May 2011

Teknologi tenaga nuklear diMalaysia.Relevenkah?

tenaga nukler didefinifikan sebagai tenaga yang mengikat sesuatu atom yang terbebas melalui tindaklbalas nuklear seperti pembelahaon @ pelakuran nuklear,pereputan radioaktif.Tenaga ini dihasilkan dari reaksi nuklear yang terkawal. loji nuklear menggunakan kaedah reaksi pembelahan berantai yg menyebab pembelahan nukleus seterusnya membebaskn neutron,gamma photon & >200milllion electron volt tenaga untuk setip process pembelahan & tenaga ini dalam bentuk haba.haba ini memanaskan air kemudian menggerakkan tubin menghasilkan elektrik.Dalam pengurusan tenaga nuklear key penting yang perlu diberi perhatian adalah SAFE & EFFECTIVE.Bahan utama yang diguna adalah Uranium dimana penguraian yang dilakukan dengan selamat akan menghasilkan tenaga elektrik yang mana kaedah ini lebih efektif daripada process pembakran api fosil yang menambah kadar karbon dalam udara.Aspek pengurusan sisa radioaktif perlu diambil perhatiaon kerana keradiaktifannya bertahan sehingga beribu tahun lamanya & sisa buangan ini tidak sama seperti kilang2 kitar semula,atau buang kedalam sungai.apa yang kita concern disini bukan sahaja bagaimana @ berapa banyak tenaga nuklear dapat dihasilkan tetapi kesan dari loji itu sendiri sama ada dri segi operasi harian atau pun kemalangan atau pun kemalangan yang berlaku dalam loji itu sendiri.
Adakah aspek pelepasan radioaktif ini ketika operator mengendalikan bahan nuklear semasa pengisian semula dan proses pembuangan sisa.. mengakibatkan atau menjejaskan persekitaran..?
---> ya kedua-duanya.kesannnya tidak terhad kepada persekitaran malah kepada manusia yang juga melibatkan masa depan generasi kita.
Malaysia bukan dalam lingkaran "ring of fire' tidak seperti negara jepun yg mengalami retakan platonik dan megakibatkan gempa bumi serta tsunami..yg merosakan reaktor nuklear.
--> ya Malaysia not listed in ring of fire. kemalangan yang dinyatakan disini tidak merujuk kepada bencana alam.tetapi ia boleh terjadi disebabkan kecuaian manusia,kerosakan teknikal dsb.kemalangan yang dinyatakan disini tidak merujuk kepada bencana alam.
Adakah tenaga Nuklear mmng sukar utuk dikawal selia keselamatanya.? dan adakah malaysia akan menghadapi risiko jika mengunakannya..?
-->seperti yang dinyatakan diatas pengurusan tenaga nuclear mesti SAFE & EFFECTIVE.aspek keselamatan semasa pengendalian,penyimpanan,pemprosesan mestilah mematuhi standard yang telah ditetapkan. Setiap tahap pengendalian bahan radiaktif mesti dilihat sebagai sesuatu yang berisiko tinggi.
Dalam penggunaan teknologi nuclear ada 2 persoalan yang kita sering tanyakan iaitu keselamatan @ keperluan atau keduanya?keselamatan mendahului keperluan.sekiranya Malaysia memberi jaminan keselamatan penggunaan tenaga ini maka rakyat Malaysia pasti bersetuju dengn cadangan ini..
Di Malaysia sendiri telah mempunyai  kepakaran dalam bidang tenaga nuklear. Kesemua tenaga pakar ini dikelola oleh pihak Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).Tambahan pula, mengikut perangkaan yang dibuat oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mewujudkan 900 siswazah, sarjana dan lulusan Ph.D dalam bidang nuklear dengan 95% daripadda mereka bertugas dalam negeri dalam pelbagai sektor. Kepakaran dan latihan yang mereka lalui akan digunakan bagi menjayakan rancangan NPP (nuclear power plant) negara. Apa yang diharapkan kepakaran yang ada dimalaysia ini dapat menjalankan kajian yang lebih mendalam sebelum membanguunkan teknologi ini. Kita bukan hanya perlu fikirkan kesan 2-3 tahun akan datang tetapi kesan jangka panjang hayat sesuatu bahan radioaktif itu sendiri yang mana bertahan ratusan ribu lamanya. Seperti sumpahan mahsuri yang memakan masa 7 keturunan dimana saat menunggu penghabisan sumpahan pelbagai bala yang menimpa begitu bahan radiaoaktif ini perlu dipandang lebih jauh dari itu.
Kita boleh gunakan tenaga alternative yang lebih selamat & effective seperti janakuasa hidro ataupun tenaga solar @ tenaga biojisim yang tentunya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia kini & selamanya.Di Malaysia sendiri telah menggunakan teknologi nuclear berskala kecil seperti  :
1)      Radiologi diagnosis : Menggunakan  imbasan seperty X-ray,resonan magnetic nuclear(NMR) untuk mengesan penyakit.
2)      Pencegah kuman/microb : Sinaran gamma pula digunakan untuk sterility(menghalang pembiakan mikrob) keatas  peralatan perubatan yang diimplant dalam tubuh manusia untuk jangka hayat tertentu @ sepanjang hayat.
3)      Rdioterapi : Teknik merawat kanser dengan membunuh sel2 kanser
Kesimpulannya, Malaysia juga mempunyai kepakaran dan berpontensi untuk mewujudkan prasarana yang hebat dalam ilmu tenaga nuclear yang ada kini.


RON95/RON97

Banyak isu tentang RON95 & RON97 didebatkan sampai ade yang nak terjun laut pun ade. Pertama sekali untuk membezakan keduanya asas pemahaman tentang kandungan dalam petrol dari segi kimia perlu ada. Beberapa persoalan yang sering ditanya:
1) Apa yang dimaksudkan dengan RON?
RON didefinisikan sebagai Research Octane Rating.
...
2) Apa itu octane?

Banyak kita dengar tentang ontane dalam petrol & bagaimana semakin tinggi RON semakin baik performance sesuatu enjin . Octane rating tidak bermaksud kandungan tenaga yang ada dalam petrol tetapi ia lebih kepada ukuran pembakaran petrol dalam keadaan yang terkawal ataupun ketahanan bahan api petrol daripada meletup tak tentu pasal. Secara ringkasnye kandungan octane terdiri daripada;

C8H8 dimana C= karbon & H = Hidrogen--->menjadi bahan bakar di dalam enjin anda

RON 95 & RON97 dibezakan oleh nisbah campuran octane & heptane; salah satu kandungan standard yang dalam bahan api petrol..
---> RON95 = campuran 95% octane & 5% heptanes
---> RON97 = campuran 97% octane & 35 heptanes

Disini dapat lihat semakin tinggi peratusan octane atau RON tersebut semakin baik performance enjin. Tetapi harus diingat tak semua RON sesuai untuk semua jenis kereta..RON yang tinggi lebih sesuai dengan enjin berkuasa tinggi seperti sports car. Penggunaan minyak RON yang betul berdasarkan rekabentuk enjin & penyesuaian enjin dgn bahan api yang akan memaksimakan performance & keberkesanan kenderaan itu. Bagaimana untuk mengenalpasti RON yangsesuai untuk kereta? Biasanya ade terdapat pelekat di penutup tangki minyak,ataupun pada manual kereta a tau pun dah tak tau sangat tanya pada pengeluar kereta.

RON97 biasanya sesuai untuk kereta 1.8 & keatas yang mana pemandunya suka mencelah ,bawa macam orang gila & rasa duit dah banyak nak menghebahkan kepada semua yang dia pakai RON97. Manakala RON95 sesuai untuk kereta manual kerana pickup dikawal oleh anda semasa menekan pedal minyak.
Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak RON yang rendah tetapi anda menggunakan MINYAK RON yang TINGGI ape yang anda dapat hanya pembaziran sahaja KERANA semakin tinggi RON itu ia tak bermaksud minyak itu sangat hebat, boleh menjadikan kancil memecut seperti ferarri. Semakin tinggi RON itu semakin sukar untuk proses pembakaran bahan api dan semestinya harganya juga turut meningkat. Yang orang bising-bising macam langit nak runtuh bila RON97 naik apehal. Tak mati pun kalau pakai RON95. Agaknya kalau ada RON100 kat Malaysia berduyun2 rakyat Malaysia nak guna tanpa fikirkan kesesuaian dengan enjin kenderaan.

Jenis kereta min RON95 yang diperlukan
1) Proton – semua model
2) Perodua – semua model
3) Chevy – semua model
4) Ford – semua model
5) Honda- semua model kecuali Honda Civic Type R
6) Kia – semua model
7) Lexus – semua model
8) Mazda – semua model
9) Mercedes – semua model
10) Peugeot - semua model
11) Suzuki – semua model kecuali Swift sport
12) Toyota - semua model
13) Wolkswagen - semua model
14) Volvo - semua model
15) Mitsubishi - semua model kecuali Airtek Turbo & Lancer Evolution
16) Naza - semua model
17) Nisan - semua model

Jenis kereta yang perlukan RON97
1) Honda Civic Type R
2) Suziki Swift Sport
3) Misubishi Airtek Turbo & Lancer Evolution
4) Range Rover
5) Skoda 200FSI