Wednesday, 27 July 2016

Untuk renungan

Pernah tak putus bekalan susu anak dan pampers?
Ada suami, tetapi rezeki selalu macam tak cukup.
SAYA PON PERNAH MACAM TU JUGAK.
nak keluar dari kesempitan dan kesusahan ini.
Hanya perlu 5 perkara.
1- bayar hutang, jika pernah berhutang.
2- sedekah.
3- minta maaf / ampun / taubat.
4- sentiasa berbuat baik walaupon ditindas
5- sentiasa berada dalam bersedia di dalam hati bukan dimulut atau penulisan "memaafkan"
(1) Mesti berusaha atau bekerja niatnya untuk bayar hutang.
Contoh nya ya:
Bismillahirrahmanirrahim..
Sahaja aku bekerja hari ini, keluar rumah untuk mencari rezeki untuk anak - anak ku dan untuk membayar hutang - hutang ku sipulan bin sipulan.
(1) Bila dapat duit; contoh RM100
1/4 dari nilai tu ( RM25)  hendaklah di bayarkan hutang sipulan bin sipulan.
( walaupon bukan bayar penuh )
(2) 1/4 baki duit tu ( RM75/4) RM18.75
Hendaklah disedekahkan.
Mungkin nilai nampak kecil.
- beli segenggam beras atau apa - apa jenis kacang bagi burung makan. Sewaktu bagi burung - burung makan sebutlah " terima kasih burung kerana mendoakan rezeki untuk aku, ambil lah ini rezeki ko yang Allah pinjamkan untuk aku"
Atau boleh juga
- belikan bahan - bahan untuk buat bubur manis seperti bubur pulut hitam, butir nako, bubur kacang hijau, bubur cacha. Masaklah. Dengan nilai RM15 tu bila masak sendiri boleh dapat dalam 30 senduk. Bila packing - packing dalam plastik boleh dapat 30 bungkus ikat dengan getah atau tali. Sedekahkan pada jiran - jiran atau sesiapa sahaja. Niat dalam hati kita berikan balik rezeki ini pada mereka, tanda kita bersyukur pada Allah sebab bagi kita tumpang rezeki mereka.
Baki yang RM56.25 barulah kita berbelanja untuk anak - anak dan diri kita.
Jika berbaki duit banyak tu, beli lah susu yang berharga RM25 saiz kecil, pampers packing sikit contoh 6pcs.
Dan jangan lupa..
Berusaha lagi setiap hari.
Meminta - minta dengan Allah.
Berselawatlah pada Rasullullah.
Kenapa saya kata begitu?
Meminta pada Allah, Allah akan bagi.
Berselawat pada Rasullullah untuk Allah doakan balik kesejahteraan kita.
Allah pandang kita.
Jangan meminta - minta dengan manusia.
Sebab apa?
Sekaya, sehebat mana pon manusia itu. Bila kita minta pada dia. Terdetik bermacam - macam persepsi didalam hatinya.
Andaian dan kata-kata dari hatinya
" ni la manusia pemalas, hanya tahu meminta - minta"
Kadang - kadang kita tak tahu either dia terpaksa bagi atau tidak ikhlas.
Itu akan membuatkan, rezeki sipenerima tersekat, rezeki pemberi pon tersekat.
Jadi, ada ~ lah baiknya. Kita jaga adab rezeki ni.
(3) Mungkin kita tak sedar tentang hal ini. Kesilapan, tutur kata, perkelakuan.
Mungkin kita tak sedar kesusahan kita, musibah yang berlaku dalam hidup kita, berpunca dari kecuaian dan kesilapan kita sendiri.
Hal ini saya belajar dari seorang guru iaitu Dato Kelana pawang di Raja  pada tahun 2005.
Mungkin insan yang kita sakiti atau binatang yang kita sakiti tanpa kita sedari tiada lagi atau kita langsung tidak ingat, atau kita dah tak boleh jumpa mereka lagi, jadi perkara yang kita kena lakukan adalah segera bertaubat. Berdoa lah, supaya kesilapan kita diampunkan.
Memetik satu doa yang pernah di ajarkan kepada saya;
" ya Allah ya tuhanku, ampunilah aku, maafkan lah aku. Didalam sedar atau tidak. Didalam sengaja dengan tidak sengaja aku menyakiti sesama manusia atau makhluk - makhluk mu. Maafkan aku, ampuni aku"
(4) selalu berbuat baik walaupon di tindas. Baik dari segi dimalukan sebab kemiskinan, kurang pengetahuan. Hanya senyum dan redha. Tak perlu bergaduh atau bertempik terpekik tertolong.
(5) untuk mencapai rezeki yang sangat baik dan banyak. Hati kena selalu redha memaafkan. Sentiasa. Baik memaafkan sesiapa sahaja.
Jika kita tersepak kaki meja, stop mencarut, sebut "alhamdulillah, Allah ingatkan aku" maafkan kaki meja tu.
Jika kucing tercakar kita, stop maki kucing atau pukul kucing. Maafkan kucing tu. Serupa juga anak - anak, isteri kita, suami kita atau orang - orang disekeliling kita. Hati yang penuh kemaafan adalah satu kolam tadah rezeki yang sangat luas.
Mungkin,
Perkongsian ini tiada nilai bagi mereka yang rasa buang masa untuk membacanya.
Tetapi..
Inilah perkara yang saya lakukan ketika saya susah nak beli pampers dan susu anak.
Ketahuilah;
Bantuan sesama manusia bersifat sementara, tidak kekal dan tidak memberi kesan yang baik untuk sepanjang hidup kita.
Bantuan dari dalam diri kita, Rohani kita yang akan membawa sejuta kebaikan di masa hadapan.
Saya harap perkongsian saya hari ini, menjadi titik permulaan bagi awak untuk memulakan hidup yang lebih baik.
Share dari fb : DS  Hanni Borhan

Ape yg aku dapat dari sini yang kita hidup cuba2 utk tak susahkan orang lain.situasi masing2 tak sama.yang penting bahagiakan orang2 yang tersayang terutama ibu bapa,adik beradik,suami,isteri,anak2.Kenapa hutang yg paling utama dalam list atas?sebab hutang ni bukan benda kecik.orang meminjamkan sesuatu dengan harapan mendapat semula apa yg dipinjam.selagi harapan tak dipenuhi hidup orang yang meminjam akan ada masalah,mungkin rezeki tersekat2,mungkin juga setiap usaha tak beroleh kejayaan.kita tak tau situasi hidup org yang memberi pinjaman.

Analoginya macam ni.ada masa yg memberi pinjaman perlukan duit so mintakla suruh orang yg meminjam ni bayar balik.duit tak dapat tapi hinaan yg dapat.so yg memberi pinjam akan terkesan hati secara tak sengaja menyumpah2 yg tak elok.kan dh rezeki yg meminjam tersangkut. So bertambah sempit rezeki orang yang meminjam ni sampai ke sudah tak abis2 dia berhutang. melainkan orang yang meminjam ni ade niat disertakan dengan usaha nak bayar balik hutang tu aku rasa rezeki dia takla macam kena sumpahan 7 keturunan. usaha nak bayar tu bukanla dengan air liur je tapi hulurkanla sikit.tunjuk yang niat kita betul ikhlas.baru la rezeki bertambah.
aku bila berhutang walau tak ada duit aku cuba untuk bayar tak dapat sekali gus aku bayar sikit2.kita mana tau orang nak pakai duit atau tak.At least kita dah mudahkan hidup dia.

Satu benda yang aku belajar dengan my bear which is sedekah dan thank you. tak kira di mana pun sedekah tak penah lekang dari tangan dia and word thank you sentiasa keluar dari mulut.Of course not all perfect but yang baik2 kita jadikan contoh.yang tak baik kita lipat simpan dalam safe box.hahahahha.

Peace and be good to others

Tuesday, 2 February 2016

Kawal emosi yang tak keruan

Kadang2 manusia tak selalunye senang.hidup tak la gembira penuh warna warni sepanjang masa. ada masa kelam dan masa itu bergantung kepada diri how to cope with that situation.ade orang menangis, ada orang melakukan aktiviti lasak, ade yang makan, ade juga yang berkongsi masalah dekat orang tersayang.tapi macam mana pulak yang bersendirian? yang tak punya apa2? bagaimana cara aku kembali kepada kesedaran akal ku supaya tak terbawa2 dengan emosi?


  1. Bila masa aku bersedih atau terasa susah aku cuba untuk mencari manusia yang kehidupan lebih susah dari aku. aku perhatikan cara mereka menempuh hidup. aku sedar ujian yang mereka hadapi lebih besar tapi mereka mampu meneruskan aktiviti seharian mereka.dengan cara ini aku akan kembali ke akal waras aku.method ni aku sorang aje yang tahu.
  2. ade 1 sifat yang aku warisi dari abah aku.bila aku terasa down, aku akan menyakat orang sekeliling.akau akan membuat orang ketawa tak henti.lagi kuat aku menyakat, lagi besar beban yang aku tanggung. ade seseorang yang kenal sifat aku yg 1 ni walaupun belum kenal lama.
  3. menjahit.ye aku memang tau menjahit.tapi lebih kepada manik2 hiasan.bila ku fokus dengan kerja2 seni aku akan lupa yang lain.ini waris dari ibu
tiba2 emo pulak 1st entry 2016 ni